zzz

Friday, December 24, 2010

Cakap Tak Seghupo Bikin La Ini Olang

arggh . post lagi untuk simpanan .

baru tadi aku baca suratkhabar maya karin (online la tu). pastu terpandang satu tajuk ni . gua malas nak tulis bebanyak . jadi gua kopi tampal je la . aku gua aku gua aku gua , guna je la dua dua . asal kan ko bahagia greg . gua bukan salleh gregor samsa . berita ni berita hari kamis punya , aku baru nampak .

149,000 yang ikrar organ hanya 309 yang derma

2010/12/23

KUCHING: Jumlah pengikrar penderma organ dan tisu di Malaysia meningkat setiap tahun namun hanya segelintir yang menunaikan janji mereka, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ, Tan Sri Lee Lam Thye.

Katanya berdasarkan statistik Pusat Sumber Transplan Nasional (PSTN), jumlah pengikrar penderma organ dan tisu di negara ini mencecah 149,315 orang sehingga November tahun ini namun yang menderma sejak 1976 hanyalah 309 orang.


"Bantahan dan salah faham oleh ahli keluarga setelah individu yang berikrar menderma organ meninggal dunia merupakan faktor pemindahan organ dan tisu tidak dapat dijalankan.
"Alasan paling banyak diberikan adalah takut, masalah agama dan tidak mahu jenazah mengalami kesakitan setelah mati," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jerayawara Promosi Pendermaan Organ Zon Sarawak di sini hari ini.

Lee menasihatkan mereka yang mendaftar sebagai penderma organ supaya memberitahu ahli keluarga tentang hasrat murni mereka terlebih dahulu dan mendidik ahli keluarga untuk turut mendaftar sebagai penderma.

Jumlah pesakit yang memerlukan organ di negara ini amat besar, termasuk 11,000 pesakit yang menunggu untuk mendapatkan buah pinggang dan enam memerlukan jantung dan tiga lagi paru-paru, katanya.

Mengenai penjualan organ manusia di negara ini, Lee berkata pihaknya tidak menerima laporan berhubung perkara itu.
"Kita tidak menggalakkan pendermaan organ manusia yang bermotifkan keuntungan kerana menderma adalah satu perbuatan amal yang sangat murni," katanya.

Seorang pakar organ dan tisu dari PSTN, Dr Muhammed Anis Abdul Wahab berkata penjualan organ dan tisu tidak berlaku di negara ini kerana bilangan pakar bedah untuk melakukan transplan adalah kecil.

Kini hanya dua hospital kerajaan iaitu Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang serta Institut Jantung Negara yang melakukan transplan.

"Walaupun terdapat beberapa hospital swasta yang boleh menjalankan pemindahan organ tetapi PSTN sentiasa membuat pemantauan dan kita menggalakkan pendermaan organ dan tisu manusia untuk anggota keluarga atau yang terdapat talian persaudaraan," katanya. - BERNAMA


artikel asal daripada Berita Harian .


konfem korang tak baca sangat . kes macam ni sama la macam time orang dok buat kempen boikot barangan israel dan bau bau macangnya .yang pegi ikot buat demo, jerit sana sini punya la ramai sampai hilang suara . dok buat banner macam macam la, hantar memo boikot la. lastly, berapa orang yang betoi betoi boikot barangan israel dan bau bau macangnya . gua tak marah la diorang . gua sape nak marah marah orang . tapi biarla kita buat apa kita cakap . gua redha.. keh keh keh



bagi budak budak yang tak tau sangat english, maksud kat gamba atas tu bukan " BOYCOTT ISRAELI
BAIKS " ye adik adik . maksud dia " BOIKOT BARANGAN ISRAEL " lebih kurang  la dengan yang tadi . ada paham ? aik , diam je . ooooo, patutla , takde orang . keh keh keh

kesian orang yang teraniaya ... macam palestinian .. tapi gua tak buat ape ape jugak . gua mampu berdoa je la .

post ni gua auto post kan . pes time buat auto post .

No comments: