zzz

Wednesday, March 16, 2011

DSLR ke LOMO ?

Dua minggu lepas tak silap aku, aku ada bukak pesbuk, pastu baca baca kat news feed ada bro ni share photo album die. Tajuk album dia Lomography. Mula mula aku tak tau apa tu Lomography. Lepas google 'lomo', baru aku tau apa itu lomo/lomography.
Mula mula macam nak tergelak tengok rupa lomo tu. Lepas tengok effect yang dihasilkan camera lomo tu terus aku impressed. bapak cantik gile effect dia. Lama jugak aku cari berapa harga lomo tu. Tak de la mahal sangat. Dalam rm 100-300 dah boleh dapat sebijik.
Siyes aku cakap aku memang nak gila camera lomo ni. best dowh lomo ni. Tunggu aku keje dah pegang duit sendiri nak beli la lomo. Sebelum aku tau kewujudan lomo ni, aku memang nak gila gila ngan DSLR. Tapi mahal sangat la. Tak mampu.
Tapi lomo ni pakai filem. Leceh sikit. Aku tak tau kalau nak masukkan gambar yang kita dah amek ke dalam pc macamana ha?


ha ini Lomo Diana. cantik. Memang cantik la gambar yang dia hasilkan. aku nak tanye, gambar paling kanan tu macamana ha nak buat ? Apa nama effect tu ?




Ini pulak Lomo Fisheye. aku suke jugak. dia boleh hasilkan gambar macam ni.


cantik. nak beli la satu nanti.



bai.

Assalamualaikum.


Amma appa

Assalamualaikum.

Makin lama aku rasa makin malas pulak nak tulis blog. memang la blog ni blog ntahpape. Sekarang ni tengah sibuk nak exam. Nantilah, tunggu ada masa banyak gila aku nak tulis bebanyak la. ayoyo

Friday, January 28, 2011

Bang, Saya Nak Jadi Samseng Boleh Tak ?

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, hari hari yang berlalu berjalan dengan lanco. Tiada apa apa yang merunsingkan kepala otak aku ini. Cuma sibuk dengan kerja kerja baru di tahun baru dan kerja kerja sulit yang tidak seberapa banyak .

Sudah lama aku tidak menjenguk blog aku ini. Entah apa yang dah jadi aku pun tak tahu. Inilah catatan pertama dalam tahun 2011 .

Siang tadi, masa di masjid , aku terdengar perbualan dua orang budak. Umur mereka aku agak agak dalam 12 tahun . Yang seorang bertanya kepada kawannya, " Wei, ko form one nanti nak sekolah mana ? ," yang rakannya pula menjawab, " Aku nak sekolah Smk bla bla bla. Kawan ramai dowh. Nanti boleh 'back-up' ko tau. "

Suara kecil dalam hati aku berkata, " Budak ni, baru darjah enam dah berangan mahu jadi gengster. "
Bukannya aku buat tuduhan melulu, cuma aku rasa budak budak ni dah set kan dalam kepala otak diorang nak jadi gengster nanti. Tengok la ayat diorang. Back-up tu maknanya bebudak dia la. Macam pengikut.

Tapi aku pun macam tu juga dulu. Masa darjah enam, dah rancang bila masuk sekolah menengah nanti, aku nak jadi macam abang - abang gengster. Nak cari awek yang seksi dan mantap gebu bapak. Bila gaduh pastu menang, dapat budak ramai. Tapi kematangan usia banyak menolong aku dalam membuat keputusan yang bijak. Alhamdulillah, aku tak terjebak dengan apa apa yang tak baik. Cuma masa aku form one, aku terlibat dengan satu kes. Berat juga la. Ye la, masa tu yang aku pikir seronok je.

Entah, aku pun tak tahu nak cakap apa lagi.

Thursday, December 30, 2010

Rio Ferdinand Ucap Tahniah Kepada Pasukan Bola Sepak Malaysia

Assalamualaikum . sila jawap .

Tajuk nak gempak je . hehe . dah nak terikut ikut pesen sekarang . ayoo, aku nak buat entri ni pun rasa malas . bukan apa , tak tau nak cakap apa . idea ilek . senang tunjuk gambar je . sebenarnya gua bengkek gila . nak tau apasal ? pasal Oh Media  terlebih dulu share benda ni kat facebook . argghhh . apasal la kau cepat sangat khai daripada aku . tapi takpela , gua tak kisah sangat . keh keh keh

Tengok je la gambar ni ok . gua rase bangga , proud , kembang , terharu  gila mase gua tengok Rio Ferdinand tweet ucap tahniah kat team Malaysia lepas jadi Champion of AFF Suzuku Cup 2010 . Team Malaysia menang secara agreget 4 - 2 despite diorang kalah 2 - 1 kepada Indonesia kat Stadium Gelora Bung Karno tadi . Safee Sali was chosen as the top scorer in this tournament with 5 goal . Most valuable player , Firman Utina . Fair play award , Philippines . secara total , gol yang dihasilkan dalam tournament ni 51 gol , 65 kad kuning dan 4 kad merah . Sumber : AFF Suzuki Cup .

I'm proud . Ada jugak ek omputih tengok Asean Football ni .




klik untuk gambar mantap , clear .

Ini yang penuh . saje gua amek banyak banyak .



klik untuk gambar yang mantap lagi clear .

Ini je la gua mampu post . tak mampu nak tulis bebanyak .
Kalau korang nak amek gambar ni pun gua tak kesah . amek je la . tapi promote la sekali blog gua ni . keh keh keh

Tahniah aku ucapkan kepada Skuad Bola Sepak Malaysia . semua main cantik . harap kekalkan prestasi macam ni . lagi bagus kalau ditingkatkan . biar mat saleh respek dan tak pandang rendah  pada korang .
Kurang kan kontroversi . keh keh keh . jangan dok sibuk nak masuk Nona .

Rase bangga gua tak hilang lagi ni . tapi satu gua tak puas hati , apasal TV 3 tak promote langsung pasal Piala AFF Suzuki ni ? satu iklan pun takdak .  Tv 7 , 8tv  n tv 9 jauh di hatiku lagi la takde .
Dato' Farid Ridzuan sila jawap . kenapa Tv3 etc. boleh siarkan cerita Indiana Jones , tapi Piala AFF Suzuki ni takde ? rugi banyak ke kalau siarkan Piala AFF Suzuki ni ? gua mintak maaf la kalau gua ada buat sesapa sakit hati . tapi tolong la , patriotik la sikit . mintak maaf lagi sekali . jangan saman gua . gua tak hina TV 3 .

Assalamualaikum .

Monday, December 27, 2010

Saya Sayang Team Malaysia

saat melangkah masuk ke padang , wira wira negara sedang memegang tangan budak. keh keh keh . gambar semua daripada AFF Suzuki Cup

cover cover . cover macho, gigi . adoii , penat syial kena cangkung separuh ni . aik , apsal gua tengok ada 10 orang je ? ooo, ada ada , ada 11 gua tak nampak .

gambar : AFF Suzuki Cup

Salam . post ni aku tak mulakan dengan salam . aku mulakan dengan gambar . haish

Hari ni semua orang sibuk buat entri pasal AFF Suzuki Cup 2010 : Final Leg. 1 . Malaysia vs Indonesia malam tadi kat Stadium Bukit Jalil yang menyaksikan team malaysia menang  3 - 0 . termasukla aku sekali . keh keh keh . bagus la macam tu kan . takde la buat post pasal hiburan, politik je memanjang .

Malam tadi aku tengok game tu live kat tv1 . mesti korang cakap : bai, apa barang tv1..  kan ? memang la , dah rumah aku takde astro . bukan takde , cuma bapak aku tak pasang lagi pireng nya . aku baru pindah rumah . aik , pindah rumah pun nak kecoh ka ? grr ..
dah takde kat channel lain , tengok je la kat tv 1 . nak harapkan tv 2, tv3 ? jangan harap la .. tv 7 , 8 tv dengan tv 9 jauh di hatiku ? lagi la takde ... hiburan politk, politik hiburan liwat . liwat politik . tunggang terbalik tunggang terbalik , jadi la 69 . haritu aku ada baca metro, pastu terpandang sms pembaca , dia kata rtm game liga malaysia pun tak siarkan live, nak kata 'sukan terbaik hanya di rtm' . betul gak tu . SUKAN TERBAIK HANYA DI ASTRO .

Berbalik pasal cerita bola malaysia malam tadi . siyes gua cakap, mase gol je, gua jerit GOL . ye la , takkan nak jerit berak  pulak . memang semangat patriotik membara la dalam badan aku . aku bukan penyokong team bola Malaysia time diorang mencapai kegemilangan saja . aku bersama diorang tak kira jatuh bangun naik tersungkur terseliuh . walaupun aku sokong dari rumah je .

Aku suka gila tengok game malaysia malam tadi . mengghairahkan . hehe . semua laksanakan tugas masing masing . semua menjadi watak penting . bukan pelakon . keyman gua rasa malam tadi , shafiq rahim kot . commentator rtm pun cakap shafiq rahim . tak tau la pak cik hasbollah awang ke sape . janji suara romantik . keh keh keh

si kaki kuat .  Gambar : AFF Suzuki Cup

Norshahrul idlan talaha pun terer jugak . aku suke tengok time dia jadi assist gol pertama . dia boleh ikut bawah cakap lu . kaki dia gila kuat . argh , senang cite semua terer la malam tadi . hehe . lagi satu mase gol ketiga , pemain paling mahal , mahalli jasuli buat cross kat safee sali pastu tanduk pastu gol . gua rase kalau player mat saleh tengok time gol tu musti diorang tercabar . dah la safee sali badan taf . ashaari shamsudin pun ok jugak .

Pastu mase injured time = min 94 kan ade s. kunanlan dengan norshahrul jatuh dalam kotak penalti kan . gua pelik, apsal tak dapat penalti ? then aku rase referee tu kata dalam hati : nak bagi ke tak nak , nak bagi tak nak, nak tak nak . tak nak merokok . cukup la maraysia dah ada 3 gol . takut pulak kena hentam dengan orang indon kalau bagi penalti kang .


kalau tak silap gua , ni gol kedua kot . cantik myvi pink belakang tu . myvi eh ?  Gambar : AFF Suzuki Cup

Gua nak ucap tahniah la kat Skuad Bola Sepak Malaysia pasal menang malam tadi . walaupun korang tak baca blog ni . keh keh keh .

Kita tunggu Leg 2 Final Rabu ni . kita tunggu dan lihat sama sama . Sama sama doa agar malaysia menang tanpa ada insiden yang tak diingini berlaku di sana nanti .

Friday, December 24, 2010

Cakap Tak Seghupo Bikin La Ini Olang

arggh . post lagi untuk simpanan .

baru tadi aku baca suratkhabar maya karin (online la tu). pastu terpandang satu tajuk ni . gua malas nak tulis bebanyak . jadi gua kopi tampal je la . aku gua aku gua aku gua , guna je la dua dua . asal kan ko bahagia greg . gua bukan salleh gregor samsa . berita ni berita hari kamis punya , aku baru nampak .

149,000 yang ikrar organ hanya 309 yang derma

2010/12/23

KUCHING: Jumlah pengikrar penderma organ dan tisu di Malaysia meningkat setiap tahun namun hanya segelintir yang menunaikan janji mereka, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ, Tan Sri Lee Lam Thye.

Katanya berdasarkan statistik Pusat Sumber Transplan Nasional (PSTN), jumlah pengikrar penderma organ dan tisu di negara ini mencecah 149,315 orang sehingga November tahun ini namun yang menderma sejak 1976 hanyalah 309 orang.


"Bantahan dan salah faham oleh ahli keluarga setelah individu yang berikrar menderma organ meninggal dunia merupakan faktor pemindahan organ dan tisu tidak dapat dijalankan.
"Alasan paling banyak diberikan adalah takut, masalah agama dan tidak mahu jenazah mengalami kesakitan setelah mati," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jerayawara Promosi Pendermaan Organ Zon Sarawak di sini hari ini.

Lee menasihatkan mereka yang mendaftar sebagai penderma organ supaya memberitahu ahli keluarga tentang hasrat murni mereka terlebih dahulu dan mendidik ahli keluarga untuk turut mendaftar sebagai penderma.

Jumlah pesakit yang memerlukan organ di negara ini amat besar, termasuk 11,000 pesakit yang menunggu untuk mendapatkan buah pinggang dan enam memerlukan jantung dan tiga lagi paru-paru, katanya.

Mengenai penjualan organ manusia di negara ini, Lee berkata pihaknya tidak menerima laporan berhubung perkara itu.
"Kita tidak menggalakkan pendermaan organ manusia yang bermotifkan keuntungan kerana menderma adalah satu perbuatan amal yang sangat murni," katanya.

Seorang pakar organ dan tisu dari PSTN, Dr Muhammed Anis Abdul Wahab berkata penjualan organ dan tisu tidak berlaku di negara ini kerana bilangan pakar bedah untuk melakukan transplan adalah kecil.

Kini hanya dua hospital kerajaan iaitu Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang serta Institut Jantung Negara yang melakukan transplan.

"Walaupun terdapat beberapa hospital swasta yang boleh menjalankan pemindahan organ tetapi PSTN sentiasa membuat pemantauan dan kita menggalakkan pendermaan organ dan tisu manusia untuk anggota keluarga atau yang terdapat talian persaudaraan," katanya. - BERNAMA


artikel asal daripada Berita Harian .


konfem korang tak baca sangat . kes macam ni sama la macam time orang dok buat kempen boikot barangan israel dan bau bau macangnya .yang pegi ikot buat demo, jerit sana sini punya la ramai sampai hilang suara . dok buat banner macam macam la, hantar memo boikot la. lastly, berapa orang yang betoi betoi boikot barangan israel dan bau bau macangnya . gua tak marah la diorang . gua sape nak marah marah orang . tapi biarla kita buat apa kita cakap . gua redha.. keh keh keh



bagi budak budak yang tak tau sangat english, maksud kat gamba atas tu bukan " BOYCOTT ISRAELI
BAIKS " ye adik adik . maksud dia " BOIKOT BARANGAN ISRAEL " lebih kurang  la dengan yang tadi . ada paham ? aik , diam je . ooooo, patutla , takde orang . keh keh keh

kesian orang yang teraniaya ... macam palestinian .. tapi gua tak buat ape ape jugak . gua mampu berdoa je la .

post ni gua auto post kan . pes time buat auto post .

Wednesday, December 15, 2010

ada hikmah di sebalik kelembapan internet

gua tak tau apsal gua bersemangat nak post entri ni . nak kate gua minum kopi jantan , gua tak pernah minum .

ok korang semua pernah tengok iklan tm yang paling baru kan . iklan yang internet unifi . gua tengok iklan tu gua dah pasang cita cita . bila gua dah kerja, ada rumah besar, semua besar, mau yang besar, gua nak pasang internet yang tm unifi tu .

memang laju gila la wa cakap luuu ... bak kata sam, laju dowhhh . kalau korang tengok youtube ke, korang dah tak payah nak pause dulu dah . tekan je play . takde buffering wa cakap luu sekali lagi . akak aku kate, kalau korang nak tengok mubi mubi, korang tengok je guna tm unifi ni . apa apa mubi pun . semua ada .

lepas ni banyak la kes pembuangan baby gua ramal sebab internet dah laju gila vavi . nak tengok porn pun tak payah nak tunggu lama lama . gua cakap macam gua dah berpengalaman . betul tak gua cakap, kalau internet dah laju, nak buat ape pun takde masalah . nak dunlod buleh ape ape pun boleh .


kesian baby ni .