zzz

Friday, January 28, 2011

Bang, Saya Nak Jadi Samseng Boleh Tak ?

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, hari hari yang berlalu berjalan dengan lanco. Tiada apa apa yang merunsingkan kepala otak aku ini. Cuma sibuk dengan kerja kerja baru di tahun baru dan kerja kerja sulit yang tidak seberapa banyak .

Sudah lama aku tidak menjenguk blog aku ini. Entah apa yang dah jadi aku pun tak tahu. Inilah catatan pertama dalam tahun 2011 .

Siang tadi, masa di masjid , aku terdengar perbualan dua orang budak. Umur mereka aku agak agak dalam 12 tahun . Yang seorang bertanya kepada kawannya, " Wei, ko form one nanti nak sekolah mana ? ," yang rakannya pula menjawab, " Aku nak sekolah Smk bla bla bla. Kawan ramai dowh. Nanti boleh 'back-up' ko tau. "

Suara kecil dalam hati aku berkata, " Budak ni, baru darjah enam dah berangan mahu jadi gengster. "
Bukannya aku buat tuduhan melulu, cuma aku rasa budak budak ni dah set kan dalam kepala otak diorang nak jadi gengster nanti. Tengok la ayat diorang. Back-up tu maknanya bebudak dia la. Macam pengikut.

Tapi aku pun macam tu juga dulu. Masa darjah enam, dah rancang bila masuk sekolah menengah nanti, aku nak jadi macam abang - abang gengster. Nak cari awek yang seksi dan mantap gebu bapak. Bila gaduh pastu menang, dapat budak ramai. Tapi kematangan usia banyak menolong aku dalam membuat keputusan yang bijak. Alhamdulillah, aku tak terjebak dengan apa apa yang tak baik. Cuma masa aku form one, aku terlibat dengan satu kes. Berat juga la. Ye la, masa tu yang aku pikir seronok je.

Entah, aku pun tak tahu nak cakap apa lagi.

2 comments:

cIk JanNah said...

masa muda remaja dulu sy pon lebih kurang mcm 2 gak lah. knonya geng dgn geng jaat lah. mcm budak2 plk bila pkir balik. hik3

Greg Ben Ben said...

aik, prmpuan pun gengster? hehe