zzz

Thursday, December 30, 2010

Rio Ferdinand Ucap Tahniah Kepada Pasukan Bola Sepak Malaysia

Assalamualaikum . sila jawap .

Tajuk nak gempak je . hehe . dah nak terikut ikut pesen sekarang . ayoo, aku nak buat entri ni pun rasa malas . bukan apa , tak tau nak cakap apa . idea ilek . senang tunjuk gambar je . sebenarnya gua bengkek gila . nak tau apasal ? pasal Oh Media  terlebih dulu share benda ni kat facebook . argghhh . apasal la kau cepat sangat khai daripada aku . tapi takpela , gua tak kisah sangat . keh keh keh

Tengok je la gambar ni ok . gua rase bangga , proud , kembang , terharu  gila mase gua tengok Rio Ferdinand tweet ucap tahniah kat team Malaysia lepas jadi Champion of AFF Suzuku Cup 2010 . Team Malaysia menang secara agreget 4 - 2 despite diorang kalah 2 - 1 kepada Indonesia kat Stadium Gelora Bung Karno tadi . Safee Sali was chosen as the top scorer in this tournament with 5 goal . Most valuable player , Firman Utina . Fair play award , Philippines . secara total , gol yang dihasilkan dalam tournament ni 51 gol , 65 kad kuning dan 4 kad merah . Sumber : AFF Suzuki Cup .

I'm proud . Ada jugak ek omputih tengok Asean Football ni .




klik untuk gambar mantap , clear .

Ini yang penuh . saje gua amek banyak banyak .



klik untuk gambar yang mantap lagi clear .

Ini je la gua mampu post . tak mampu nak tulis bebanyak .
Kalau korang nak amek gambar ni pun gua tak kesah . amek je la . tapi promote la sekali blog gua ni . keh keh keh

Tahniah aku ucapkan kepada Skuad Bola Sepak Malaysia . semua main cantik . harap kekalkan prestasi macam ni . lagi bagus kalau ditingkatkan . biar mat saleh respek dan tak pandang rendah  pada korang .
Kurang kan kontroversi . keh keh keh . jangan dok sibuk nak masuk Nona .

Rase bangga gua tak hilang lagi ni . tapi satu gua tak puas hati , apasal TV 3 tak promote langsung pasal Piala AFF Suzuki ni ? satu iklan pun takdak .  Tv 7 , 8tv  n tv 9 jauh di hatiku lagi la takde .
Dato' Farid Ridzuan sila jawap . kenapa Tv3 etc. boleh siarkan cerita Indiana Jones , tapi Piala AFF Suzuki ni takde ? rugi banyak ke kalau siarkan Piala AFF Suzuki ni ? gua mintak maaf la kalau gua ada buat sesapa sakit hati . tapi tolong la , patriotik la sikit . mintak maaf lagi sekali . jangan saman gua . gua tak hina TV 3 .

Assalamualaikum .

Monday, December 27, 2010

Saya Sayang Team Malaysia

saat melangkah masuk ke padang , wira wira negara sedang memegang tangan budak. keh keh keh . gambar semua daripada AFF Suzuki Cup

cover cover . cover macho, gigi . adoii , penat syial kena cangkung separuh ni . aik , apsal gua tengok ada 10 orang je ? ooo, ada ada , ada 11 gua tak nampak .

gambar : AFF Suzuki Cup

Salam . post ni aku tak mulakan dengan salam . aku mulakan dengan gambar . haish

Hari ni semua orang sibuk buat entri pasal AFF Suzuki Cup 2010 : Final Leg. 1 . Malaysia vs Indonesia malam tadi kat Stadium Bukit Jalil yang menyaksikan team malaysia menang  3 - 0 . termasukla aku sekali . keh keh keh . bagus la macam tu kan . takde la buat post pasal hiburan, politik je memanjang .

Malam tadi aku tengok game tu live kat tv1 . mesti korang cakap : bai, apa barang tv1..  kan ? memang la , dah rumah aku takde astro . bukan takde , cuma bapak aku tak pasang lagi pireng nya . aku baru pindah rumah . aik , pindah rumah pun nak kecoh ka ? grr ..
dah takde kat channel lain , tengok je la kat tv 1 . nak harapkan tv 2, tv3 ? jangan harap la .. tv 7 , 8 tv dengan tv 9 jauh di hatiku ? lagi la takde ... hiburan politk, politik hiburan liwat . liwat politik . tunggang terbalik tunggang terbalik , jadi la 69 . haritu aku ada baca metro, pastu terpandang sms pembaca , dia kata rtm game liga malaysia pun tak siarkan live, nak kata 'sukan terbaik hanya di rtm' . betul gak tu . SUKAN TERBAIK HANYA DI ASTRO .

Berbalik pasal cerita bola malaysia malam tadi . siyes gua cakap, mase gol je, gua jerit GOL . ye la , takkan nak jerit berak  pulak . memang semangat patriotik membara la dalam badan aku . aku bukan penyokong team bola Malaysia time diorang mencapai kegemilangan saja . aku bersama diorang tak kira jatuh bangun naik tersungkur terseliuh . walaupun aku sokong dari rumah je .

Aku suka gila tengok game malaysia malam tadi . mengghairahkan . hehe . semua laksanakan tugas masing masing . semua menjadi watak penting . bukan pelakon . keyman gua rasa malam tadi , shafiq rahim kot . commentator rtm pun cakap shafiq rahim . tak tau la pak cik hasbollah awang ke sape . janji suara romantik . keh keh keh

si kaki kuat .  Gambar : AFF Suzuki Cup

Norshahrul idlan talaha pun terer jugak . aku suke tengok time dia jadi assist gol pertama . dia boleh ikut bawah cakap lu . kaki dia gila kuat . argh , senang cite semua terer la malam tadi . hehe . lagi satu mase gol ketiga , pemain paling mahal , mahalli jasuli buat cross kat safee sali pastu tanduk pastu gol . gua rase kalau player mat saleh tengok time gol tu musti diorang tercabar . dah la safee sali badan taf . ashaari shamsudin pun ok jugak .

Pastu mase injured time = min 94 kan ade s. kunanlan dengan norshahrul jatuh dalam kotak penalti kan . gua pelik, apsal tak dapat penalti ? then aku rase referee tu kata dalam hati : nak bagi ke tak nak , nak bagi tak nak, nak tak nak . tak nak merokok . cukup la maraysia dah ada 3 gol . takut pulak kena hentam dengan orang indon kalau bagi penalti kang .


kalau tak silap gua , ni gol kedua kot . cantik myvi pink belakang tu . myvi eh ?  Gambar : AFF Suzuki Cup

Gua nak ucap tahniah la kat Skuad Bola Sepak Malaysia pasal menang malam tadi . walaupun korang tak baca blog ni . keh keh keh .

Kita tunggu Leg 2 Final Rabu ni . kita tunggu dan lihat sama sama . Sama sama doa agar malaysia menang tanpa ada insiden yang tak diingini berlaku di sana nanti .

Friday, December 24, 2010

Cakap Tak Seghupo Bikin La Ini Olang

arggh . post lagi untuk simpanan .

baru tadi aku baca suratkhabar maya karin (online la tu). pastu terpandang satu tajuk ni . gua malas nak tulis bebanyak . jadi gua kopi tampal je la . aku gua aku gua aku gua , guna je la dua dua . asal kan ko bahagia greg . gua bukan salleh gregor samsa . berita ni berita hari kamis punya , aku baru nampak .

149,000 yang ikrar organ hanya 309 yang derma

2010/12/23

KUCHING: Jumlah pengikrar penderma organ dan tisu di Malaysia meningkat setiap tahun namun hanya segelintir yang menunaikan janji mereka, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ, Tan Sri Lee Lam Thye.

Katanya berdasarkan statistik Pusat Sumber Transplan Nasional (PSTN), jumlah pengikrar penderma organ dan tisu di negara ini mencecah 149,315 orang sehingga November tahun ini namun yang menderma sejak 1976 hanyalah 309 orang.


"Bantahan dan salah faham oleh ahli keluarga setelah individu yang berikrar menderma organ meninggal dunia merupakan faktor pemindahan organ dan tisu tidak dapat dijalankan.
"Alasan paling banyak diberikan adalah takut, masalah agama dan tidak mahu jenazah mengalami kesakitan setelah mati," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jerayawara Promosi Pendermaan Organ Zon Sarawak di sini hari ini.

Lee menasihatkan mereka yang mendaftar sebagai penderma organ supaya memberitahu ahli keluarga tentang hasrat murni mereka terlebih dahulu dan mendidik ahli keluarga untuk turut mendaftar sebagai penderma.

Jumlah pesakit yang memerlukan organ di negara ini amat besar, termasuk 11,000 pesakit yang menunggu untuk mendapatkan buah pinggang dan enam memerlukan jantung dan tiga lagi paru-paru, katanya.

Mengenai penjualan organ manusia di negara ini, Lee berkata pihaknya tidak menerima laporan berhubung perkara itu.
"Kita tidak menggalakkan pendermaan organ manusia yang bermotifkan keuntungan kerana menderma adalah satu perbuatan amal yang sangat murni," katanya.

Seorang pakar organ dan tisu dari PSTN, Dr Muhammed Anis Abdul Wahab berkata penjualan organ dan tisu tidak berlaku di negara ini kerana bilangan pakar bedah untuk melakukan transplan adalah kecil.

Kini hanya dua hospital kerajaan iaitu Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang serta Institut Jantung Negara yang melakukan transplan.

"Walaupun terdapat beberapa hospital swasta yang boleh menjalankan pemindahan organ tetapi PSTN sentiasa membuat pemantauan dan kita menggalakkan pendermaan organ dan tisu manusia untuk anggota keluarga atau yang terdapat talian persaudaraan," katanya. - BERNAMA


artikel asal daripada Berita Harian .


konfem korang tak baca sangat . kes macam ni sama la macam time orang dok buat kempen boikot barangan israel dan bau bau macangnya .yang pegi ikot buat demo, jerit sana sini punya la ramai sampai hilang suara . dok buat banner macam macam la, hantar memo boikot la. lastly, berapa orang yang betoi betoi boikot barangan israel dan bau bau macangnya . gua tak marah la diorang . gua sape nak marah marah orang . tapi biarla kita buat apa kita cakap . gua redha.. keh keh keh



bagi budak budak yang tak tau sangat english, maksud kat gamba atas tu bukan " BOYCOTT ISRAELI
BAIKS " ye adik adik . maksud dia " BOIKOT BARANGAN ISRAEL " lebih kurang  la dengan yang tadi . ada paham ? aik , diam je . ooooo, patutla , takde orang . keh keh keh

kesian orang yang teraniaya ... macam palestinian .. tapi gua tak buat ape ape jugak . gua mampu berdoa je la .

post ni gua auto post kan . pes time buat auto post .

Wednesday, December 15, 2010

ada hikmah di sebalik kelembapan internet

gua tak tau apsal gua bersemangat nak post entri ni . nak kate gua minum kopi jantan , gua tak pernah minum .

ok korang semua pernah tengok iklan tm yang paling baru kan . iklan yang internet unifi . gua tengok iklan tu gua dah pasang cita cita . bila gua dah kerja, ada rumah besar, semua besar, mau yang besar, gua nak pasang internet yang tm unifi tu .

memang laju gila la wa cakap luuu ... bak kata sam, laju dowhhh . kalau korang tengok youtube ke, korang dah tak payah nak pause dulu dah . tekan je play . takde buffering wa cakap luu sekali lagi . akak aku kate, kalau korang nak tengok mubi mubi, korang tengok je guna tm unifi ni . apa apa mubi pun . semua ada .

lepas ni banyak la kes pembuangan baby gua ramal sebab internet dah laju gila vavi . nak tengok porn pun tak payah nak tunggu lama lama . gua cakap macam gua dah berpengalaman . betul tak gua cakap, kalau internet dah laju, nak buat ape pun takde masalah . nak dunlod buleh ape ape pun boleh .


kesian baby ni .

Gambar Donut Paling Besar

 

Kalau korang makan kuih donat ni confirm kenyang satu hari . Siyes aku tak tipu . Kuih ni mak aku yang buat .

tu yang rongak sikit tu mak aku cubit sikit nak rasa .


Sebenarnye ni ialah kek pisang mak aku buat . Aku panggil donat sebab rupe die macam donat . Kalau nak donat yang sedap gila vavi , pegila  BIG APPLE atau epal besar .

Memang gila la donat ni .                   gambar : asmaliana.com

Tuesday, December 14, 2010

Serius Aku Tak Mengaku Tu Bapak Aku

Siyes sheet aku tak ngaku tu bapak aku . sape suroh aku ngaku ? wahahaoo
  
                   
                

Antara Dua Darjat

Salam

Hari ahad kelmarin aku ada pergi jemputan kahwin . Member bapak aku yang jemput . Nama dia aku tak tau tapi aku panggil dia pak cik je la . Yang kahwin tu bukan dia tapi anak perempuan dia. Pakcik tu ada dua isteri aku rasa . Pak cik tu buat majlis kat Dewan Jubli Intan kat J.B . Sape stay Johor negeri maju tau la betapa prestijnya dewan ni . Yang pegi kenduri tu pun kebanyakan orang kekaye . Tapi aku tak la . Aku time masuk dewan tu mesti la buat muke bangga . buat muke orang kaya . hahahao . makan pun sedap . pehh, udang dia macam udang kat mekdi. mekdi ada udang ke ? 


gua tak hensem . bibir gua merah beb. gua tak isap rokok . gua isap lolipop saja .

lepas kenduri bapak gua rase baik hati, bawak kita orang pegi singgah Masjid Sultan Abu Bakar . sebelah masjid ada zoo . orang punya la ramai . macam sakai . Masjid ni mengadap laut . laut ape ntah gua tak amek tau . boleh nampak singapore .
                                                

pastu bapak aku rase baik hati lagi pegi la bawak kita orang singgah Danga Bay kejap . singgah singgah, tengok kapal layar .
gua sayang mak bapak gua . gua sayang pamily gua .

Pesanan ikhlas daripada greg ben ben.

Gambar dDR Romzey Ketika Muda Remaja

 dDR Romzey sudah lama berangan mahu menjadi pengarah filem yang berangan jauh . Bahkan sejak zaman remaja lagi dDR sudah membela rambutnya .


Rambut mu menjadi pujaan hatiku . Wahahahao .  Gambar aku ambek kat facebook  bro ni .

Saturday, December 11, 2010

Lagu Yang Kamu Musti Dengar

Salam .

Oke , aku nak share satu lagu ni . name band ni THE AZENDERS . band ni adalah hasil kolaborasi
daripada member member band band underground . Vokal/Gitar - Sam (BunkFace)  Bass - Izal (One Buck Shot)   Synth/String - Ajam  ( Dichi Michi)   Dram - Kudut (Robot Asmara) .

Layan je la lagu ni ok .


Thursday, December 9, 2010

TAKTIK BARU PEROGOL SEKARANG (kalau taknak kena rogol, sila ambil pusing post ni) INI SERIUS

Salam .

Oke, post ni ade mesej peringatan kepada PEREMPUAN tak kira sesiapapun .

Aku dapat mesej ni daripada akak aku . aku suruh dia forward pada aku. akak aku dapat
mesej ni daripada member die.

Mesej tu berbunyi macam ni. (dumdumdum)

" PESANAN PENTING UNTUK SEMUA WANITA YANG PERGI KERJA, COLLEGE ATAU SEKOLAH SENDIRIAN. Jika anda t'jumpa budak kecil sdg menangis atas jalan,
yg memberi anda  alamatnya dan m'minta anda agar menghantarnya ke alamat tersebut .
Sila bawa nya ke balai polis. Tak kira apa yang anda mahu lakukan, JANGAN bawanya ke
alamat yang diberikan. Ini adalah taktik baru untuk penjenayah  merogol wanita .
Sila sebarkan mesej ini kepada semua rakan anda agar mereka lebih memberi tahu maklumat ini
kepada semua rakan, saudara, mak, cik, adik beradik anda  terutamanya WANITA. Terima kasih .
Daripada ASP Suman Kumar .  D9 Bukit Aman . "

Haa. macam tu la bunyi mesej tu.

Kalau korang sayang keluarga korang, bagi tau la diorang mesej ni oke .



gambar : beautifulnara.com

PEACE OUT .

Wednesday, December 8, 2010

Malam tadi sangat seronok

dude !

babe !!

sekarang ni aku tengah bosan sambil mak aku melayan cerita alisa merepek yang
tiada kesudahannya. ayoo. macam cite keling.

malam tadi aku stay rumah je . tak keluar melepak mane mane. mak bapak aku mane kasi anaknye keluar memalam sebab takot the only son in our family diculik bohsia.

jadi, aku terperap je la kat rumah macam anak dara sunti sambil tonton tibi .

malam tadi ada cerita baru . satu cerita ganti slot lestary. cerita sebelum ni asmara . dah abes da pun. ending nye aku tak tengok. buat ape nak tengok drama dewasa. cerita yang ganti asmara tajuk die HANI. malam tadi first episod. biase biase je cerita tu. layan je la. aku tak suka watak adik hani yang laki tu. name dia roslan.

tak reti bersyukur langsung. ada satu scene mase diorang whole family having dinner kat rumah. yang si roslan tu nak ayam goreng macam upin & ipin. tapi bapaknye beli sate. pastu yang si roslan tu marah marah.
macam bodoh sial tak reti nak bersyukur. kalau aku belakon sekali dalam cerita tu dah lame aku tapak muke die. grrr .

lagi satu movie tu istimewa sempena maal hijrah.

tajuk cerita Tempatkan Dia Di Syurga. siyes aku cakap cerita ni best. menginsafkan. cerita ni menggambarkan situasi sebenar dalam keluarga. bukan keluarga aku la. family aku bahagia beb .

kesian si mak nye. dah tua tua kerja cari duit jadi cleaner. yang anak nye dah besar panjang, tapi otak macam orang yahudi. anak yang sulung dengan yang pompuan je baik. tapi yang sulong tu la yang baik tapi cacat siket. berguna la jugak daripada adik adik die. yang si ramli berhutang sana sini. tapi ada bini. yang si badrol tak nak kerja tapi nak jadi bos. pemalas. ade ke patot die kate, gaji 1500 tak cukup. tak reti bersyukur. same macam si roslan tadi. hahaa. last last masuk penjara.
ending, amirul (yang baik, cacat, sulong) mati. mak nye pun mati juga. ramli masuk hospital.

okey, tu la cerite yang aku tengok malam tadi. aku rase ni entri aku paling panjang setakat ni la.

gambar : budak-shinchan.blogspot.com
ku faridah. dia yang jadi si emak kepada anak. budak botak tu takde kena mengena dalam cerit tu oke.

aku tak paham. apesal ada sikat kat tepi ku faridah. nak kata nak sikat budak botak tu, pejadahnye . buang masa je . haha.

Tuesday, December 7, 2010

Realiti hidup

post lagi.


oke kite semua pernah tengok drama melayu yang kat tv tak kire la rtm ke, tv3 ke astro ke, kan ?

dalam cerita melayu mesti ada yang sedih sedih, nangis nangis, orang dok kampung ke,  bapak marah anak ke, ape ke. oke, kalau ada scene bapak marah anak ke, bini ke, jiran ke hape ke,
musti ada dialog macam ni.

bapak : ali ! ko pegi mana balek lambat ni. waktu sekolah habes jam 1 kan ? sekarang ni dah pukul berapa ?
            jawap, jawab !

anak   : jam 4 petang pak . (jawap anak sambil menundukkan kepalanya)

bapak : oo, dah pandai menjawap ea sekarang . anak kurang di ajar ! sape suroh ko jawap ?!!
             jawab ! jawab ! (gertak si bapa sambil tolak kepala si anak)

anak   :  kan bapak yang suroh jawab. ali jawab la. hapa la bapak ni. nyanyok ka ?

bapak :  aaaaaarrrrrgggggggghhhhhhh !!! (samok)

ha kan. dah terang terang bapak nye suroh anak die jawab . anak die jawab la.  aku masih tak paham bapak tu.

Salam Awal Muharram

rasenye tak terlambat lagi aku nak ucapkan salam awal Muharram. better late than never rite ?

hadapilah hidup korang dengan rasa penuh kesyukuran oke .

Bersyukurlah, Sayanglah apa korang ada

salam, hey !

tadi aku bangun tidor. lagi 5 minit nak pukul satu.
aku taktau apesal aku bangun lewat. nak kata tido lewat, memang la, pukul 3 baru pejam mata.
siyes aku susah nak tidor malam tadi  pasal tak rasa mengantok.

bangun je tido tadi, aku rasa menyesal. tak nak buat lagi dah. tapi esok esok mungkin buat lagi kot.

aku keluar daripada bilik aku, pastu aku jenguk bilik mak aku. tengok mak aku ada. tengah kemas bilik. syukur.
pastu nampak akak aku tengah online, oke ada. pastu pulak, aku tanye akak aku. lia, abah mana ?

aku tunggu jawapan die. dia jawap, tu ha, abah kat depan tu. buat ape ntah.
aku tengok kat luar, oke abah aku ada. aku bersyukur semua ada lagi.

aku bersyukur aku bernafas lagi bak kata Altimet. aku bersyukur aku ada keluarga lagi. kalau korang ada yang ahli keluarga dah pergi, tabahkan hati. life must go on oke.

Sunday, December 5, 2010

Aku tau apa yang korang semua tak tahu

berhubung perkara di atas, aku tau apa yang korang semua tak tahu.
ceh, ayat macam sial. grrr! aku marah ni.

sekarang aku takde keje apa nak buat. so, kita enjoy ! palaotak kaw.

oke, korang nak tau tak fakta auta yang korang tak tau ?

kat Malaysia ni ade berape orang adik beradik yang keje same sebagai penyanyi ataupun pemimpin serta wartawan .dan lain lain.

ni list die : linda onn
                jaafar onn
                nurul fariha onn (wartawan majalah 3)
                tun hussein onn (pm no 3 kan?)
                ha, itu je la yang aku tau.
                kalau korang pulak tau apa lagi yang aku tak tau, korang tambah sendiri la.

hihihihihi. (gelak cara cute)

okebye.

Promoter ini menyakitkan hati

oke tadi aku singgah blog  sapentah .

aku bace siket , pastu aku komen.

aku komen, aku promote blog aku.

saje, nak kenalkan blog aku yang suci putih bersih
macam Alaisyah  kat semua orang .

ok.

Tolong la ajar aku

aku bagai seorang bayi yang tak tau ape ape lagi.

oke, korang ,aku nak tanye sikit, korang buat blog, tulis blog ni dapat income ke ? ha ?
kalau ade ,kongsi kongsi la dengan aku cemane nak buat duet.

aku mintak tolong ni, tolong ajar aku apa itu nuffnang dan lainlain. boleh tak ?

yang aku tahu, orang dapat duet daripada nuffnang ni sebab siarkan iklan nuffnang. ye ke ?

korang jangan la ejek ejek aku pasal aku tak tahu ape ape. aku budak baru nak naik oke ?
kalau korang rase baik, tolong la ajar aku.


oke, bai

Dowh dowh dowh

oke kita jumpe lagi.

aku suke DOWH tengok muke kau .

aku benci gile DOWH tengok muke ko.

aku tak suke DOWH tengok orang bodoh.

DOWH, esok free pegi texas jom ! beli okok texas sekaton.

oke, kat atas tu adalah sebagian ayat ayat yang budak budak sekarang gune.
DOWH . ape makne die ha ? bodoh ?

aku first time gune perkataan DOWH ni mase aku stat tulis blog ni la. ayoo
tak tau la aku terpengaruh daripada sape. membe membe kat fesbuk kot ..
sekarang ni aku rase kalau nak tulis ape ape, mesti nak letak dowh. penambah perisa kot.

Di kala ku kesepian

hai.

Friday, December 3, 2010

TENGOK *

oke, sebelom ni aku takde blog . sekarang dah ade.

oke, sebelom ni aku suke bace blog hamzah ian. oke, dude, sebelom ni aku jadi
'silent reader' blog kau. sekarang aku dah jadi 'general reader' kau. hehe.

aku suke jugak bace blog katakila.com, tia dengan banyak lagi la.
. walaupun aku tak kenal korang semua dalam dunia luar, dunia maya je, blog korang best dowh..

oke, mak aku dah bising suroh aku makan . nasi goreng. akak aku pon tengah makan tu.

tak tau bile aku boleh tulis blog ni lagi.

PEACE out homie. (aku pinjam ayat budak kat facebook)

First entry

Salam,

okeh, aku baru je nak stat berblog ni.
siyes oke, malam tadi aku tak boleh tidor pasal aku asyik pikir je
nak tulis apa kat blog ni. tapi dah lupe dowh...

ceh, orang lain ade blog aku pon nak ade blog..
itula aku, ape orang ade, aku pon nak jugak.
ade ke orang bace blog aku ni ?
mane ade dowh, aku tulis aku bace. hehe
baru first entry mane ade orang bace..
oke, PEACE .