zzz

Wednesday, March 16, 2011

DSLR ke LOMO ?

Dua minggu lepas tak silap aku, aku ada bukak pesbuk, pastu baca baca kat news feed ada bro ni share photo album die. Tajuk album dia Lomography. Mula mula aku tak tau apa tu Lomography. Lepas google 'lomo', baru aku tau apa itu lomo/lomography.
Mula mula macam nak tergelak tengok rupa lomo tu. Lepas tengok effect yang dihasilkan camera lomo tu terus aku impressed. bapak cantik gile effect dia. Lama jugak aku cari berapa harga lomo tu. Tak de la mahal sangat. Dalam rm 100-300 dah boleh dapat sebijik.
Siyes aku cakap aku memang nak gila camera lomo ni. best dowh lomo ni. Tunggu aku keje dah pegang duit sendiri nak beli la lomo. Sebelum aku tau kewujudan lomo ni, aku memang nak gila gila ngan DSLR. Tapi mahal sangat la. Tak mampu.
Tapi lomo ni pakai filem. Leceh sikit. Aku tak tau kalau nak masukkan gambar yang kita dah amek ke dalam pc macamana ha?


ha ini Lomo Diana. cantik. Memang cantik la gambar yang dia hasilkan. aku nak tanye, gambar paling kanan tu macamana ha nak buat ? Apa nama effect tu ?




Ini pulak Lomo Fisheye. aku suke jugak. dia boleh hasilkan gambar macam ni.


cantik. nak beli la satu nanti.



bai.

Assalamualaikum.


Amma appa

Assalamualaikum.

Makin lama aku rasa makin malas pulak nak tulis blog. memang la blog ni blog ntahpape. Sekarang ni tengah sibuk nak exam. Nantilah, tunggu ada masa banyak gila aku nak tulis bebanyak la. ayoyo

Friday, January 28, 2011

Bang, Saya Nak Jadi Samseng Boleh Tak ?

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, hari hari yang berlalu berjalan dengan lanco. Tiada apa apa yang merunsingkan kepala otak aku ini. Cuma sibuk dengan kerja kerja baru di tahun baru dan kerja kerja sulit yang tidak seberapa banyak .

Sudah lama aku tidak menjenguk blog aku ini. Entah apa yang dah jadi aku pun tak tahu. Inilah catatan pertama dalam tahun 2011 .

Siang tadi, masa di masjid , aku terdengar perbualan dua orang budak. Umur mereka aku agak agak dalam 12 tahun . Yang seorang bertanya kepada kawannya, " Wei, ko form one nanti nak sekolah mana ? ," yang rakannya pula menjawab, " Aku nak sekolah Smk bla bla bla. Kawan ramai dowh. Nanti boleh 'back-up' ko tau. "

Suara kecil dalam hati aku berkata, " Budak ni, baru darjah enam dah berangan mahu jadi gengster. "
Bukannya aku buat tuduhan melulu, cuma aku rasa budak budak ni dah set kan dalam kepala otak diorang nak jadi gengster nanti. Tengok la ayat diorang. Back-up tu maknanya bebudak dia la. Macam pengikut.

Tapi aku pun macam tu juga dulu. Masa darjah enam, dah rancang bila masuk sekolah menengah nanti, aku nak jadi macam abang - abang gengster. Nak cari awek yang seksi dan mantap gebu bapak. Bila gaduh pastu menang, dapat budak ramai. Tapi kematangan usia banyak menolong aku dalam membuat keputusan yang bijak. Alhamdulillah, aku tak terjebak dengan apa apa yang tak baik. Cuma masa aku form one, aku terlibat dengan satu kes. Berat juga la. Ye la, masa tu yang aku pikir seronok je.

Entah, aku pun tak tahu nak cakap apa lagi.